1::Apakah benar bahawa hidup dan matiku adalah benar-benar untuk Allah sahaja?
2::Apakah hidup, akal fikiran, tenaga yang.ada pada jiwa dan ragaku, waktu dan usaha-usahaku, semuanya anda abdikan untuk memenuhi kehendak Allah?
3::Apakah yang harus aku kerjakan untuk membawa kepada tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada ummat Islam?
4::Apakah aku telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdianku sepenuhnya kepada Allah?
5::Apakah pelayanan kepada hawa-nafsu dan pengabdian kepada keluarga, saudara-saudara,handai-taulan, masyarakat dan penguasa negara, telah sepenuhnya terhapus dari
jiwaku?
6::Sudahkah aku mengukur suka dan benci ku, semuanya bergantung pada kehendak Allah?
7::Apabila aku mencintai seseorang, adakah aku melakukannya kerana Allah atau tidak
dan apakah bila aku membenci seseorang, juga kerana Allah?
8::Apakah tindakan anda, dalam member atau tidak memberi sesuatu kepada seseorang juga, telah anda lakukan kerana Allah.
9::Benarkah bahawa, apa pun yang aku belanjakan untuk kepentingan diriku sendiri,
ataupun diberikan kepada orang lain itu telah ditetapkan Allah, dan bahawa dengan
perbelanjaan dan pemberian itu, bertujuan semata-mata mencari redhaNya?
10::Adakah apabila aku tidak memberikan sesuatu kepada seseorang, apakah hal itu juga kerana Allah melarangku memberikannya?

KEEP MOVING FORWARD!!!
>>Apabila kita berjaya menutupi kekurangan iman, maka walaupun kita tidak memperoleh apa-apa di dunia ini, insyaAllah, kita akan tetap berjaya di akhirat nanti...<<
till then~~^_^