
^_^ni la boyfriend saya yg 'plg saya sayang'...antara bf yg lain
nama penuh=PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA bahasa org kampung saya ialah national library..nama manja PNM AJE
^_^ sedikit sejarah hidup dia:
Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia telah mula dibayangkan pada tahun 1970. Dalam tahun 1978 satu tapak yang sesuai telah dikenalpasti untuk Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia iaitu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur seluas 2.2 hektar.
Pada tahun 1979 Kerajaan telah melantik satu pasukan juruperunding swasta untuk menjalankan Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia seperti berikut :
Kumpulan Akitek (Arkitek dan Juruhias Dalaman)
Baharuddin Ali & Low Sdn. Bhd. (Jurukur Bahan)
Perunding Bersatu (Jurutera Awam dan Struktur)
Zainuddin Radzi dan Rakan-Rakan (Jurutera Letrik dan Mekanikal)
KA Interior Graphic (KAIG)/Majidah Design Sdn. Bhd. (dilantik pada tahun 1992). (Juruhias Dalaman)
Dalam tahun 1982, konsep reka bentuk pelan lakaran pelukis bangunan telah diluluskan oleh Kerajaan.
Konsep Reka Bentuk
Bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.
Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman 'Taman Ilmu' bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Susunan ubin bercorak songket berwarna biru untuk bumbung diilhamkan dari warisan yang kaya.
Konsep 'minda' mempengaruhi reka bentuk senibina dalaman. Suasana ruang terbuka luas menggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruang perpustakaan. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. 'Skylight' yang terdapat di puncak bumbung mengilhamkan pencapaian ilmu yang luas. Di antara lima tiang atriumnya terbentuk ruang menegak yang luas.
Beberapa aras yang menempatkan pelbagai bahagian dan kemudahan perpustakaan dihubungkan dengan tangga yang menarik.
Setiap aras tersusun kemas, menempatkan rangkaian perkhidmatan, koleksi dan maklumat di perpustakaan. Reka bentuk bangunan ini juga mengambil kira kemudahan untuk orang cacat.
Keluasan ruang lantai bangunan seluas 22,073 meter persegi mampu menampung :
1 juta bahan perpustakaan
1,000 tempat duduk pembaca
Auditorium untuk 367 orang
Teater kanak-kanak seramai 150 orang
Dewan Pameran seluas 421 meter persegi
^_^hebatkan bf saya...blum tunjuk kt dalam lg...kandungan ilmu...subhanallah...rs jahil diri ini..teringat sebuah hadis Rasulullah,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan
baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].
^_^ dia ni la yg kdg2 mengganggu tidur saya sampai ke petang tidurnya, makan jd xlalu...pekena 2 pinggan br cukup..mandi pon sampai banjir bilik air tu..*jgn percaya..cinta pd Allah dan rasul plg utama
insyaAllah, kte akn bersua lagi, buah hatiku...acehh!!..buat masa ni biarlah aku berdua-duan dgn perpustakaan Intec dulu k..
plan of action- lps A-level, nk g beruzlah kt perpustakaan negara..ada sape2 nk ikut??