bismillah
~>esok hari jumaat...entah mengapa apabila jumaat menjelang, hati ini pasti berkecamuk..sedih dan gembira silih berganti..
~>pelbagai persoalan menerjah ke hati..
*apa kebaikan yang kau dah buat dlm mggu ni?
*mcm ne dgn ibadah wajib kau?terjaga kah?
*cukupkah ibadah2 sunat yg kau kerjakan?bgaimana kualitinya?
*adakah ilmu2 yg telah kau pelajari mggu ni mendekatkan diri kau kpd-Nya?
*adakah kau telah menunaikan hak kpd ilmu2 tu...mengajarkan kpd org lain?
dan byk lg soalan2 yg kadang2 menusuk kalbu dan menyesakkan jiwaku...
~>pelbagai azam baru ditanam utk hari esok...suatu kegembiraan yg sukar digambarkan tatkala menanti jumaat yg bakal bertandang..
kerana teringatkan hadis-hadis mengenai keutamaan hari jumaat.
1)hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
2)Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
3)Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
*esok, aku nak doa byk2, selawat byk2, istighfar byk2!!aku tak tahu waktu dan saat bila mustajabnya doa pd hari tu..jadi aku kne manfaatkan hari tu sebaik mungkin!!seize the day...
*esok, aku nak buat baik byk2!!...
*esok, aku nak kurangkan cakap2 yg xelok...lebih baik diam..
~>jumaat bagiku adalah suatu hari yg istimewa..terungkapnya seribu harapan, terluahnya sgl perhitungan yg kadang2 membibitkan penyesalan..penyesalan yg mengajarku utk terus berlari ke hadapan...utk meraih cinta Ilahi...